Wednesday 30 November 2011

BILA TERMENUNG.. .



Agak2 bila kita mati, esk kah, lusa kah, atau lambat lagi, ke kejap2 lagi? Kadang2 seseorang yg duduk termenung seorang diri baru dia akan memikirkan hal diri sendiri, dosa apa banyak mana n bila nk bertaubat, tggu tua dulu ke? xkan la x terfikir, kot2 mati kejap2 lagi. 

Bila termenung sorang2 je terfikir hal begitu, masa duduk dgn kawan2? masa tgh kerja? masa makan? masa brgelak ketawa @ happy dll ? ada fikir x perkara2 sebegini? mesti la tak kn..terlalu asyik dgn dunia mcm dunia ni kita yg punya hingga kita terlupa bahawa syaitan pn nyata2 jelas musuh umat islam turut mengilai bersama. Time termenung sorang2 je pikir hal2 cmni, pastu buat balik. Bukannya munafik tu? Munafik tu apa plak, orang yg berpura-pura mengikut ajaran agama, baik hanya didepan supaya dapat dilihat oleh orang lain tetapi hatinya tidak ikhlas serta menghalang orang lain dari jalan Allah s.w.t. 

Ciri-ciri orang munafik boleh tgk kt KLIK SINI . Tgk kita termasuk ke tak? mestilah termasuk jgk wlaupun 1, cuba tgk. Mmg la kita semua tidak sempurna, tpi berusaha la utk buat hampir sempurna dan ikhlas kn eh, termasuk diri sendiri jgk ni yg masih jahil ttg agama Allah.

Ada 1 kata2 tu " BERTUDUNGLAH walaupun keadaan terpaksa. SOLATLAH walaupun keadaan terpaksa. PUASALAH walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa. Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu? Hidayah bukan untuk ditunggu wahai sahabat2ku sekalian, melainkan dicari.. "

Dengan zaman sekarang yg semakin mencabar, kita terpaksa utk dipaksa melakukan hal2 kebaikan utk menuju jalan Allah s.w.t. Perkara yg kita malas, ssh nk buat lama2 insyaAllah akan menjadi lembut dan terbiasa dgnnya. "Allah sentiasa bersama hamba yg mencari redhaNya". 

Oleh itu, sebelum kita pergi ke alam lain sedia kan bekalan secukupnya supaya kita tidak terkapai2 di tgh padang pasir, tidak lemas tetapi hidup dlm kepanasan dan kelaparan (azab) dan tiada seorang pun yg dpt membantu melainkan bekalan yg kita bawa sebanyak mana. Cari lah ilmu Allah bagaikan lama lagi hidup, sentiasalah bertaubat bagaikan akan mati keesokan harinya. Sentiasalah ingat akan MATI.


Tuesday 29 November 2011

DESTINASI CINTA


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?


Sunday 27 November 2011

KAHWIN ?

Kahwin ? Siapa la yg tak nk kahwin kn , wlapun ade sgelintir tu yg kata tak nk kahwin bagai di mulut lidah tidak brtulang je tu cakap, tpi padahal jauh lubuk hati tu nk jgk keh3.

sy pun nk.. . . .tpi tak nk lg buat mse ni ^.^

cakap je tak nak kahwin mase ni mase tu bagai kalau dah namanye jodoh dh sampai , nk buat ape ? kahwin je la . Yg tak nak kahwin tu sbb diorang takut..yela banyak lagi kena blaja , dalam fikiran tu kalau bleh biar smua ready kewangan , didikan agama , kena lbih tnggjwb , kerja tetap , rumah kreta sndiri bagai . Bak kata lain biar stabil la dulu ! nnti trjongket2 nk handle smua , tak gitu ? ekeke ~

*tpi kena ingt smua rezeki Allah yg bagi dan Dia juga yg akan tarik balik .

Org skng smua nk biar 'hampir' sempurna kn . Duk main dgn khayalan imaginasi bagai , yela duk tgk suami isteri bhgia je duk together2 , bby comel2 . eeeiiii geram nk kahwin kn . yela sbb dah HALAL . haha -,-

Nnti org tgk pun tak de la duk mngumpat , mngata pun kurang la jgk ckit *ckit je , tau2 je la org skng kn . Bleh romantik2 , brgurau senda , brkerjasama , dpt smyg brjemaah , mcm2 la . Kalau bleh biar sama dgn sunnah Rasulullah . wahh~~ , msti indah kn . Aishh , imaginasi je lbih ni , lpas kahwin tak tau la kn . Tak pe la , kita hanya mampu merancang , menentuknnya mana bleh sbb apa2 hanya di tgn Allah dan Dia perancang dan penentu yg terbaik utk hamba2Nya . 

Khayalan mcmni bkn impian sy sorg je kn , tpi smua org . Kalau bleh bgi lelaki , msti lah nk jdikn isteri yg solehah , pandai masak , pandai amik hati (gurau2 , muka buat2 comel je haha -,-) , lawa (good-looking) , jimat cermat bagai2 lah .

Bagi perempuan plak mstilah nk yg good-looking jgk , alim (pndai dlm agama) , dpt protect c isteri , pndai cri duit or ada keje tetap , pndai didik ank . wateve la . Hampir sempurna diorg ni nk buat bakal isteri/suami kn . Yela , kalau bleh jgk biar pertama dan terakhir la lafaz ijab dan kabul , tak gitu ? hehehe --'

Bagi sy tak brpe suka brkhayalan mcm ni *khyalan~~ menjelma~~ . haha . Sbb nnti mkn diri . Hanya tawakkal dan fikir insyAllah Allah akan beri yg terbaik jika kita buat terbaik utk mncari redhaNya dari mncari redha manusia . Jgn duk brkhayal je lbih *utk aq sndiri ni --'

Jgn risau plak tkut nnti dpt yg 'jahat' haha -,- *sy pn tkut ni . hmm . cmni je la , kn perempuan baik utk lelaki yg baik dan sebaliknya , so kita tgk dlm diri kita dhulu '' aq ni baik ke x eh ? perngai mcmne ? solat aq jge ke x ? hubungan aq nga Allah mcmne ? '' haaa tnye cmtu , jgn tnya kt kaunter pertnyaan plak , nnti kena sepak jgn slh kn sy . 

Mana2 yg rasa tak okay lg tu , brusaha la ye utk brubah ke arah yg lbih baik dan mnjdi hambaNya yg beriman dan lagi insyaAllah Allah s.w.t TIDAK sesekali akn mnyia2kn harapan hambaNya yg sentiasa ikhlas dlm berDOA . so , kalau bleh blaja dulu , mndalami mncari ilmu Allah terap kn dlm dada sbg bekalan . 

- ntah apa aq mrepek . maaf harap anda fhm apa yg sy mksudkn ekeke
- byknya 'kn' , mmg aq ckp sorg2 tu~~ utk diri sndiri biase lah .

Friday 25 November 2011

Bismillahirrahmanirrahim..bermulanya ku ber'blog

Assalamualaikum.
aq orang 'baru' dalam dunia blog ni. sila tunjuk ajar eh, kasi kenyit ckit ;) *pergh ! gedik kot.
xpe laa, gedik nga blog je. huu
apa2 pun semuanya kerana Allah. insyaAllah kalau Dia izinkan ^.^
semua benda bermula dengan niat dan di sini bermulanya niat aq untuk ber'blog. hee
buat sorang2 ni~~ *showoff.
pergh merepek, xde orang baca nye pun~. kbye
Assalam.