Sunday 1 January 2012

Jangan Tidur Lepas Subuh






Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.
Jika tidak sekarang, bila lagi bukan? Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.


TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAHCuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh
Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,
“Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri”
Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya sahabat?
Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.
“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”
JIKA MAHU BERMUHASABAHRasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.
Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?
Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?
Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”. Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.
Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.
MASA UNTUK BERUBAHMaka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.
Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.
Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.
Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.
“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Surah Al-Jumuah (Ayat 10)
Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.
“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”
Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”
Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.
Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Thursday 15 December 2011

Andai Aku Mati Sekarang.. .


Andai aku mati sekarang,
Adakah yang akan merasa kehilangan ku?
Adakah yang akan menangis pilu menghantar mayat ku?
Adakah yang akan mendoakan aku setiap kali mereka mengenangku?
Adakah yang akan menziarah ke pusaraku?
Aku menangis rasanya apabila memikirkan hal itu,
Namun aku tidak boleh tidak memikirkannya,
Kerana hal ini akan pasti terjadi padaku kelak.
Kini aku tidak lagi memiliki orang yang begitu ikhlas mencintaiku seperti keluargaku
emakku, 
ayahku,
abangku,
kakakku,
adikku,
ya Allah..aku tidak mahu merasakan apa-apa
Aku hanya ingin menyebut namamu sahaja sebagai pengganti aduan hamba.
Aku kini ingin mengumpulkan amalan yang banyak untuk bekal aku pulang ke dakapan kasih sayangmu

ya Rabb...
Aku jadikan sabar sebagai penakluk semua kebencian dihati ini.
Aku jadikan sedekah untuk menghancurkan kesombonganku. Aku jadikan solat ku sebagai pelindung hari-hariku yang penuh dengan orang-orang yang benci atas kehadiranku.
Aku jadikan doa sebagai penghibur hati, bahawa ada kekuatanMu yang sangat luar biasa, yang sanggup mengalahkan kerisauan dalam diri.
Aku jadikan diam sebagai benteng diri, dari kata-kata penuh dosa, janji-janji penuh dusta.
Aku sepenuhnya yakin, bila ku tetap pada pendirian ini, pada kesabaran yang sudah semestinya
Aku akan mendapatkan kasih sayang yang luar biasa dariMu ya Allah...
dan
Aku tak perlu lagi berputus asa dengan keadaan duniawi yang telah merenggut kelapangan dari hidupku ini.

Allah...
Aku memohon berilah aku kesabaran yang takkan kehabisan
Aku memohon ampunkanlah segala dosa
Aku memohon berilah kekuatan untuk menghadapi kenyataan yang tak selalu menyenangkan ini
Aku memohon jagalah aku dari pengaruh hati yang menggebu
Aku memohon terimalah segala amalan

Hanya untuk meraih kasih sayangMu
Hamba beramal

*c&p semata sebab apa yg sy pikir pn ade jgk cmni, xreti mngayat tu yg copy. Ni ha copy kt sini.SINI TAU. Banyak jgk article2 yg best kt situ, xnk copy bebyk sbb tu hak org. :)

Di mana TAHAP kita . .



Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. Allahuakhbar..
Begitu banyak kekurangan diri . Hari-hari berbuat dosa , walaupun sebesar zarah tanpa disedari . Begitu lalai nye aq . Bila difikirkan balik , di mana dah tahap kita di sisi Allah . Malu nye aq dgn Dia . Walaupun hari-hari juga kita berbuat kebaikan walau 1 hal , jika tidak dijaga dgn baik contoh mengungkit , riak , dll yg menimbulkan perasaan menyesal dan mengeluh maka pahala yg ikhlas kita buat akan menjadi sia-sia . " Bukan susah untuk menjadi susah dan bukan senang untuk menjadi senang" . Allah swt adalah penilai yg terbaik untuk setiap hamba2 Nya .

Kadang-kadang aq konfius buntu mana yg betul2 benda baik untuk aq lakukan dan mana yg buruk untuk aq hindari nye . Apa-apa hal sebenarnya kita kena berusaha , tawakkal , redha , sabar dan sentiasa bersyukur dgn ujian mahupun nikmat yg diberi olehNya . 

Aq sebenarnya masih lagi tercari-cari di mana sumber kekuatan aq , semangat aq , kebolehan aq untuk menutup perasaan cemas , takut , khuatir or nervous aq semuanya supaya dapat mengalahkan sifat malu tdk bertempat , sisa saki baki sifat malas yg terdapat dlm diri agar boleh berjuang untuk agama dan sentiasa mencari keredhanNya . 

Allah.. Allah.. Allah..

Teringat akan kekasihku di mana sifat-sifat dan akhlaknye membuatkan aq terpegun untuk mengikuti gerak geri dlm seharian . InsyaAllah , wahai Rasulullah kekadang aq masih lagi berkeras hati tak nak buat setengah sunnah mu yg mungkin bagi diriku ia nya 'berat' . Walhal malas . MasyaAllah..

Astaghfirullah al-azim3x..

Ya Allah , akanku berusaha insyaAllah . Cakap dan tanya pada diri , memang senang lidah tdk bertulang tetapi ketajaman berbicara kosong hasilnya buat apa jikalau tdk berusaha untuk melakukannya . pesan ulama "Dosa yang menyebabkan engkau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur" dan LATIH lah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah swt".

Sama-sama men'tarbiyah diri sendiri sebelum mengajak saudara seagama ke arah jalan menuju menghadap Pencipta kita :)  

Wednesday 30 November 2011

BILA TERMENUNG.. .



Agak2 bila kita mati, esk kah, lusa kah, atau lambat lagi, ke kejap2 lagi? Kadang2 seseorang yg duduk termenung seorang diri baru dia akan memikirkan hal diri sendiri, dosa apa banyak mana n bila nk bertaubat, tggu tua dulu ke? xkan la x terfikir, kot2 mati kejap2 lagi. 

Bila termenung sorang2 je terfikir hal begitu, masa duduk dgn kawan2? masa tgh kerja? masa makan? masa brgelak ketawa @ happy dll ? ada fikir x perkara2 sebegini? mesti la tak kn..terlalu asyik dgn dunia mcm dunia ni kita yg punya hingga kita terlupa bahawa syaitan pn nyata2 jelas musuh umat islam turut mengilai bersama. Time termenung sorang2 je pikir hal2 cmni, pastu buat balik. Bukannya munafik tu? Munafik tu apa plak, orang yg berpura-pura mengikut ajaran agama, baik hanya didepan supaya dapat dilihat oleh orang lain tetapi hatinya tidak ikhlas serta menghalang orang lain dari jalan Allah s.w.t. 

Ciri-ciri orang munafik boleh tgk kt KLIK SINI . Tgk kita termasuk ke tak? mestilah termasuk jgk wlaupun 1, cuba tgk. Mmg la kita semua tidak sempurna, tpi berusaha la utk buat hampir sempurna dan ikhlas kn eh, termasuk diri sendiri jgk ni yg masih jahil ttg agama Allah.

Ada 1 kata2 tu " BERTUDUNGLAH walaupun keadaan terpaksa. SOLATLAH walaupun keadaan terpaksa. PUASALAH walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa. Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu? Hidayah bukan untuk ditunggu wahai sahabat2ku sekalian, melainkan dicari.. "

Dengan zaman sekarang yg semakin mencabar, kita terpaksa utk dipaksa melakukan hal2 kebaikan utk menuju jalan Allah s.w.t. Perkara yg kita malas, ssh nk buat lama2 insyaAllah akan menjadi lembut dan terbiasa dgnnya. "Allah sentiasa bersama hamba yg mencari redhaNya". 

Oleh itu, sebelum kita pergi ke alam lain sedia kan bekalan secukupnya supaya kita tidak terkapai2 di tgh padang pasir, tidak lemas tetapi hidup dlm kepanasan dan kelaparan (azab) dan tiada seorang pun yg dpt membantu melainkan bekalan yg kita bawa sebanyak mana. Cari lah ilmu Allah bagaikan lama lagi hidup, sentiasalah bertaubat bagaikan akan mati keesokan harinya. Sentiasalah ingat akan MATI.


Tuesday 29 November 2011

DESTINASI CINTA


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?


Sunday 27 November 2011

KAHWIN ?

Kahwin ? Siapa la yg tak nk kahwin kn , wlapun ade sgelintir tu yg kata tak nk kahwin bagai di mulut lidah tidak brtulang je tu cakap, tpi padahal jauh lubuk hati tu nk jgk keh3.

sy pun nk.. . . .tpi tak nk lg buat mse ni ^.^

cakap je tak nak kahwin mase ni mase tu bagai kalau dah namanye jodoh dh sampai , nk buat ape ? kahwin je la . Yg tak nak kahwin tu sbb diorang takut..yela banyak lagi kena blaja , dalam fikiran tu kalau bleh biar smua ready kewangan , didikan agama , kena lbih tnggjwb , kerja tetap , rumah kreta sndiri bagai . Bak kata lain biar stabil la dulu ! nnti trjongket2 nk handle smua , tak gitu ? ekeke ~

*tpi kena ingt smua rezeki Allah yg bagi dan Dia juga yg akan tarik balik .

Org skng smua nk biar 'hampir' sempurna kn . Duk main dgn khayalan imaginasi bagai , yela duk tgk suami isteri bhgia je duk together2 , bby comel2 . eeeiiii geram nk kahwin kn . yela sbb dah HALAL . haha -,-

Nnti org tgk pun tak de la duk mngumpat , mngata pun kurang la jgk ckit *ckit je , tau2 je la org skng kn . Bleh romantik2 , brgurau senda , brkerjasama , dpt smyg brjemaah , mcm2 la . Kalau bleh biar sama dgn sunnah Rasulullah . wahh~~ , msti indah kn . Aishh , imaginasi je lbih ni , lpas kahwin tak tau la kn . Tak pe la , kita hanya mampu merancang , menentuknnya mana bleh sbb apa2 hanya di tgn Allah dan Dia perancang dan penentu yg terbaik utk hamba2Nya . 

Khayalan mcmni bkn impian sy sorg je kn , tpi smua org . Kalau bleh bgi lelaki , msti lah nk jdikn isteri yg solehah , pandai masak , pandai amik hati (gurau2 , muka buat2 comel je haha -,-) , lawa (good-looking) , jimat cermat bagai2 lah .

Bagi perempuan plak mstilah nk yg good-looking jgk , alim (pndai dlm agama) , dpt protect c isteri , pndai cri duit or ada keje tetap , pndai didik ank . wateve la . Hampir sempurna diorg ni nk buat bakal isteri/suami kn . Yela , kalau bleh jgk biar pertama dan terakhir la lafaz ijab dan kabul , tak gitu ? hehehe --'

Bagi sy tak brpe suka brkhayalan mcm ni *khyalan~~ menjelma~~ . haha . Sbb nnti mkn diri . Hanya tawakkal dan fikir insyAllah Allah akan beri yg terbaik jika kita buat terbaik utk mncari redhaNya dari mncari redha manusia . Jgn duk brkhayal je lbih *utk aq sndiri ni --'

Jgn risau plak tkut nnti dpt yg 'jahat' haha -,- *sy pn tkut ni . hmm . cmni je la , kn perempuan baik utk lelaki yg baik dan sebaliknya , so kita tgk dlm diri kita dhulu '' aq ni baik ke x eh ? perngai mcmne ? solat aq jge ke x ? hubungan aq nga Allah mcmne ? '' haaa tnye cmtu , jgn tnya kt kaunter pertnyaan plak , nnti kena sepak jgn slh kn sy . 

Mana2 yg rasa tak okay lg tu , brusaha la ye utk brubah ke arah yg lbih baik dan mnjdi hambaNya yg beriman dan lagi insyaAllah Allah s.w.t TIDAK sesekali akn mnyia2kn harapan hambaNya yg sentiasa ikhlas dlm berDOA . so , kalau bleh blaja dulu , mndalami mncari ilmu Allah terap kn dlm dada sbg bekalan . 

- ntah apa aq mrepek . maaf harap anda fhm apa yg sy mksudkn ekeke
- byknya 'kn' , mmg aq ckp sorg2 tu~~ utk diri sndiri biase lah .

Friday 25 November 2011

Bismillahirrahmanirrahim..bermulanya ku ber'blog

Assalamualaikum.
aq orang 'baru' dalam dunia blog ni. sila tunjuk ajar eh, kasi kenyit ckit ;) *pergh ! gedik kot.
xpe laa, gedik nga blog je. huu
apa2 pun semuanya kerana Allah. insyaAllah kalau Dia izinkan ^.^
semua benda bermula dengan niat dan di sini bermulanya niat aq untuk ber'blog. hee
buat sorang2 ni~~ *showoff.
pergh merepek, xde orang baca nye pun~. kbye
Assalam.