Wednesday 30 November 2011

BILA TERMENUNG.. .



Agak2 bila kita mati, esk kah, lusa kah, atau lambat lagi, ke kejap2 lagi? Kadang2 seseorang yg duduk termenung seorang diri baru dia akan memikirkan hal diri sendiri, dosa apa banyak mana n bila nk bertaubat, tggu tua dulu ke? xkan la x terfikir, kot2 mati kejap2 lagi. 

Bila termenung sorang2 je terfikir hal begitu, masa duduk dgn kawan2? masa tgh kerja? masa makan? masa brgelak ketawa @ happy dll ? ada fikir x perkara2 sebegini? mesti la tak kn..terlalu asyik dgn dunia mcm dunia ni kita yg punya hingga kita terlupa bahawa syaitan pn nyata2 jelas musuh umat islam turut mengilai bersama. Time termenung sorang2 je pikir hal2 cmni, pastu buat balik. Bukannya munafik tu? Munafik tu apa plak, orang yg berpura-pura mengikut ajaran agama, baik hanya didepan supaya dapat dilihat oleh orang lain tetapi hatinya tidak ikhlas serta menghalang orang lain dari jalan Allah s.w.t. 

Ciri-ciri orang munafik boleh tgk kt KLIK SINI . Tgk kita termasuk ke tak? mestilah termasuk jgk wlaupun 1, cuba tgk. Mmg la kita semua tidak sempurna, tpi berusaha la utk buat hampir sempurna dan ikhlas kn eh, termasuk diri sendiri jgk ni yg masih jahil ttg agama Allah.

Ada 1 kata2 tu " BERTUDUNGLAH walaupun keadaan terpaksa. SOLATLAH walaupun keadaan terpaksa. PUASALAH walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa. Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu? Hidayah bukan untuk ditunggu wahai sahabat2ku sekalian, melainkan dicari.. "

Dengan zaman sekarang yg semakin mencabar, kita terpaksa utk dipaksa melakukan hal2 kebaikan utk menuju jalan Allah s.w.t. Perkara yg kita malas, ssh nk buat lama2 insyaAllah akan menjadi lembut dan terbiasa dgnnya. "Allah sentiasa bersama hamba yg mencari redhaNya". 

Oleh itu, sebelum kita pergi ke alam lain sedia kan bekalan secukupnya supaya kita tidak terkapai2 di tgh padang pasir, tidak lemas tetapi hidup dlm kepanasan dan kelaparan (azab) dan tiada seorang pun yg dpt membantu melainkan bekalan yg kita bawa sebanyak mana. Cari lah ilmu Allah bagaikan lama lagi hidup, sentiasalah bertaubat bagaikan akan mati keesokan harinya. Sentiasalah ingat akan MATI.


No comments:

Post a Comment